Tentang Kami
Poliklinik Azzu telah diasaskan oleh Dr Azmil bin Atiman bersama isteri Dr Zulaini Binti Jamalludin sejak 1 Jan 2024 dengan melancarkan Klinik yg yang pertama di Bukit Gambir Tangkak Johor. Azzu sendiri adalah singkatan yang membawa maksud Dr Azmil dan Dr Zulaini.
Klinik yang terletak dikawasan luar bandar ini bermula dengan hanya 3 orang pekerja pada awal pembukaan, kini Poliklinik Azzu telah mempunyai bersama 8 orang pekerja termasuk 2 orang Doktor.
Selain berkhidmat di Poliklinik Azzu, Dr Azmil dan Dr Zulaini juga berkhidmat di Pusat Hemodialisis Nephrocare Bukit Gambir dan Pusat Penagihan Narkotik Puspen, Sengkang Muar
Dengan berbekalkan pengalaman yang lama didalam sektor kesihatan, strategi yang tepat, juga berkat doa dan keizinan-NYA. Alhamdulillah, Poliklinik Azzu kini telah merawat hampir 100,000 pesakit dalam masa 5 Tahun sejak penubuhannya dan mendapat lebih dari 120+ “4-5 Bintang” di Google review sekaligus menjadikannya antara klinik yang menjadi pilihan utama masyarakat dari seluruh pelusuk daerah Tangkak & daerah-daerah lain yang berhampiran.
Kami di Poliklinik Azzu mempunyai impian tersendiri untuk menambah perkhidmatan bagi setiap lapisan masyarakat di setiap daerah Tangkak. Ini dibuktikan apabila pihak pengurusan sendiri telah melakukan pelaburan untuk menaiktaraf fasiliti kesihatan yang berada di Poliklinik Azzu dengan menambah perkhidmatan penjagaan terbaru seperti Pemeriksaan Kesihatan Mata Primer, Pemeriksaan dan Rawatan Fototerapi bagi Bayi Kuning, Perkhidmatan Rawatan Suntikan lutut dan bahu, Pemeriksaan Jantung Holter dan Rawatan Hemodialisis Bersama Panel Hemodialisis dll.
Penglibatan pelanggan ke klinik menjadi keutamaan kami dalam membuat keputusan bagi penambahbaikan proses perkhidmatan kami. Sebagai tanda penghargaan dan tanda terima kasih kepada komuniti dan masyarakat yang tidak putus menyokong kami, Poliklinik Azzu juga mengambil langkah proaktif dalam program kemasyarakatan dan CSR (Corporate Social Responsibility). Antara program-program yang telah dianjurkan pihak klinik ini ialah program ceramah di Sekolah, Program saringan kesihatan bersama Rumah Warga Emas Nur Ehsan Parit Bunga, Program Berkhatan Bersama Yayasan Makmur Tangkak, Program Sunathon Parlimen Ledang dan lain lain. Selain itu, Poliklinik Azzu juga ada membuat sumbangan bagi menjayakan program Sukan dan PIBG sekolah di Sekitar Bukit Gambir.
Oleh sebab ini, kami telah membina laman sesawang eksklusif kami sendiri bagi mempermudahkan pelanggan & pesakit untuk membuat tempahan di atas talian supaya proses untuk mendapatkan perkhidmatan di klinik kami berjalan dengan lebih lancar, sejajar dengan visi & misi kami.